Search This Blog

Pages

Powered By Blogger

Friday, August 31, 2012

Tiada lagi ketenangan dalam hati ini

Ternyata aku tidak mampu untuk menipu hatiku sendiri.. dan pada kali ini aku sendiri tidak pasti adakah aku mampu untuk menempuhinya. Sememangnya sudah tiada yang lain di hatiku. Sejak pertama perkenalan aku dengannya, dialah satu-satunya. 6 tahun kami bersama, namun ia seolah-olah tidak berkesudahan. Bagaimana harus ku lakukan untuk memujuk ibu bapaku semula? Sudah puas aku berendam air mata. Nyata ia tidak memberi sebarang perbezaan pun pada mereka. Malah mereka dengan senang sahaja meminta aku melupakan insan yang aku sayangi selama ini. Kejamnnya dunia ini.

Sampai bila aku akan terus begini? perlukah aku lupakan segala kenangan yang aku bina bersamanya. Mampukah aku untuk meneruskan hidupku tanpa dia di sisi. Tidak! tidak mungkin aku akan teruskan niat ibu bapaku untuk bermenantukan orang lain. Aku tidak rela dan mustahil aku akan melakukannya. Aku rela bersendiri sehingga sampai satu saat biarlah mereka menyaksikan sendiri apa yang berlaku padaku. Mungkin itu pilihan mereka, untuk melihat aku hidup menderita dan bersendiri tanpa sesiapa di sisi. 

Ya, aku tidak akan memilih sesiapa pun antara mereka. Biarlah takdir yang menentukan. Dan aku pasrah jika itu yang ibu bapaku mahukan. Asalkan mereka bahagia. Namun, janganlah sesekali untuk memaksaku untuk menerima orang lain. Maafkanku mak..Maafkanku ayah. 

No comments: