Search This Blog

Pages

Friday, August 31, 2012

Kusut..........kusut......................kusut.............................
 Mereka tidak memahami apa yang aku tempuhi sekarang. Aku sedar semua ini akan berlaku pada masa sekarang. Inilah saatnya. Selepas aku berjaya mengejar cita-cita, namun aku gagal dalam mengejar sebuah ikatan suci itu. Mereka sudah membuangku. Dan aku berharap aku dapat teruskan hidupku dengan baik walaupun tanpa mereka. Pahit..pedih..itulah yang aku rasakan sekarang. 


Ya!! Aku mesti teruskan cita-cita untuk memiliki insan yang aku sayangi. Aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dia tetap ada di sisiku walau apa jua berlaku. Aku mesti menang dalam pertarungan ini walaupun ia amat menyakitkan. Memang aku seorang yang degil, namun aku tahu kedegilan inilah yang akan mendorongku untuk mencapai impian suci itu. Aku akan berdepan dengan mereka yang memperlekehkan perasaanku selama ini. Jangan fikir aku ini hanya seorang anak dan adik yang boleh diperkotak-katikkan. Sudahla dengan segala perancangan yang mereka telah aturkan buat aku selama ini. Aku juga mempunyai matlamat hidup. Determined soul will brings me there, reaching my own destiny. I have my own plan for 40 years ahead and no one can stop me. I'll take this chance and prove that love will win. Just wait n c. 

Tiada lagi ketenangan dalam hati ini

Ternyata aku tidak mampu untuk menipu hatiku sendiri.. dan pada kali ini aku sendiri tidak pasti adakah aku mampu untuk menempuhinya. Sememangnya sudah tiada yang lain di hatiku. Sejak pertama perkenalan aku dengannya, dialah satu-satunya. 6 tahun kami bersama, namun ia seolah-olah tidak berkesudahan. Bagaimana harus ku lakukan untuk memujuk ibu bapaku semula? Sudah puas aku berendam air mata. Nyata ia tidak memberi sebarang perbezaan pun pada mereka. Malah mereka dengan senang sahaja meminta aku melupakan insan yang aku sayangi selama ini. Kejamnnya dunia ini.

Sampai bila aku akan terus begini? perlukah aku lupakan segala kenangan yang aku bina bersamanya. Mampukah aku untuk meneruskan hidupku tanpa dia di sisi. Tidak! tidak mungkin aku akan teruskan niat ibu bapaku untuk bermenantukan orang lain. Aku tidak rela dan mustahil aku akan melakukannya. Aku rela bersendiri sehingga sampai satu saat biarlah mereka menyaksikan sendiri apa yang berlaku padaku. Mungkin itu pilihan mereka, untuk melihat aku hidup menderita dan bersendiri tanpa sesiapa di sisi. 

Ya, aku tidak akan memilih sesiapa pun antara mereka. Biarlah takdir yang menentukan. Dan aku pasrah jika itu yang ibu bapaku mahukan. Asalkan mereka bahagia. Namun, janganlah sesekali untuk memaksaku untuk menerima orang lain. Maafkanku mak..Maafkanku ayah. 

Betapa sakitnya hati ini, Tuhan saja yang tahu

Percutian sempena aidilfitri diserikan dengan berita baik yang aku tunggu selama ini daripada kedua orang tuaku.. aku berharap agar mereka merestui hubungan yang telah kami bina selama 6 tahun yang lepas. alhamdulillah..akhirnya satu perbincangan yang rapi dan serius telah berjaya dicapai tepat pada bulan syawal yang mulia.




Namun, nyata langit itu tak selalunya cerah. Semalam aku dikejutkan dengan berita yang tidak ku sangka-sangka. Ibu bapaku kini berpaling daripada meneruskan niat mereka itu. restu mereka rupanya hanya sementara. Mereka hanya berpura-pura di depanku dan akhirnya semalam aku sedar bahawa mereka sebenarnya masih belum merestui hubunganku. Apakah yang harus aku lakukan? Aku kecewa sebab terasa hati ini seolah-olah dipermainkan dengan sewenang-wenangya. Salahkah niat suci aku untuk meneruskan percintaan berlandaskan Islam? adakah aku perlu meneruskan cita-cita untuk masa depanku demi orang yang tersayang?

Sunday, January 22, 2012

alamak!da silap lak sket

haish..ape lar aku ni.tarikh wat blog ni pn tak ingt..sebenarnya aku da stat wat blog ni time oktober 2008..ha..lame x?emm mmg lar lame..time tu bloggers br nk expand minat..ia jg seiring dengan perkembangan facebook..blog n facebook ni merupakan assgmnt yang aku kena buat time bljr..camne asgmnt tu?ha..tersangat lar senang. aku just sign up je dua-dua account nie..pastu lec/tutor akan cek kat email id tu tgk btl ke tak kewujudan page nie..sng kn?haha...nsb lar..time mmg sng lagi..dan alhamdulillah..aku dapat score A lgi dalam paper nie..terima kasih Dr Rozinah!! I LOVE YOU!!

lama menyepi?

ha..jangan tak tahu..sedar tak sedar rupanya da setahun lebih aku tak update status aku kat blog nie..rasenye takde orang pun yang view blog aku tak..hahaha..lawak je..
kalau nk tau..blog ni asalnye merupakan satu assignment dr Dr rozinah time aku stdy di USM dulu. emm time tu thn 2009 rasenye tu pn sbb ambil paper TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN..terima kasih Dr..Dr da perkenalkan dunia blog yang canggih ni kat aku.. ntah Dr sempat ke tak ntah menjenguk ke blog aku nie..
aku dapat rasakan xde orang pun yang jenguk ke sini.. jangankan orang lain, aku sendiri pn malas gile nk bukak. xde la aktif sangat macam orang lain yang siap wat blog ni sebahagian daripada sumber pendapatan lagi..ha..aku ade ke macam tu?hehehe..xde la..just suka2 je..paling kurang leh gak luahkan masalah kat cni..p aku ada masalah ke?emm ade lar sket2..besenye suka simpan sendiri je..entah la..selama ni pn kalo ada masalah aku lebih suka selesaikan sendiri sebelum orang tau. selagi aku mampu selesaikannya sendiri..aku akan cuba selesaikan gak..tu lar..kadang2 orang tengok muka aku pn katenye macam xde masalah je..hihi..ade lar..setiap manusia tak lepas daripada masalah..btul..tak tipu..sume ade masalah..cuma besar atau kecik je..masalah ni kn kalau makin difikir, satu kerja pn xleh jadi kn..
eh2..nape tibe2 cite sal masalah nie?tengah ade masalah ke?igtkan nk share kat cni td..err..takpela ye..hihi..btw, lega lak sebab selepas setahun aku tak update blog ni..rupa2nya ia masih setia di sini.. :) 
ha...yg tersengeh2 tepi aku tu namenye Izzati Nur, merangkap teman baikku time bljr dlu..alhamdulillah..aku ngn dia masih lagi rapat walaupun da agak lama tak jumpa.. 

Monday, November 1, 2010

sabar ye..

da xlame nk exam..hmm..sudah2 la dengan ape yg terjadi kat kwn2 aku tu..biarlah mereka.aku masih jua dapat teruskan hidup walaupun tanpa mereka. aku rase bertuah kerana aku dapat meneruskan pengajianku di usm. pelbagai dugaan yang hebat menimpa diriku pada setiap sem. sem terakhir ku di baru2 ini sememangnya mencabar dan aku sendiri rasakan seakan tidak percaya..betapa banyaknya beban kerja aku di sini. namun begitu..sekarang semuanya telah berakhir..aku rasa teramat lega dan bersyukur terhadap ALLAH..tuhan yang maha kaya.Dialah yang mengatur segala perjalanan hidupku..segalanya telah dirancang dengan baik dan ternyata terselit hikmah yang tidak terduga padaku..sekarang aku berada di rumah buat seketika..rasa tenang je dapat menatap wajah mak dan ayah..abang2 sekalian..hmmm rase cam malas ar lak nk balik ke u semula..tapi aku mesti balik jugak ke u sbb ade tanggungjawab yang besar menanti aku di sana.. aku kene selesaikan tugas aku sebagai seorang pelajar untuk kali terakhir tuk sem ni..apekah tugas itu?semestinya untuk menduduki peperiksaan akhir.. ade 3 paper je sume..harap2 semuanya berjalan dengan lancar..amin..doakan kejayaan ku..insyaallah..

sekejap sahaja sudah berubah..


semalam aku dan mereka masih bersama..dalam suka duka..saling menjenguk bilik ke bilik dan gelak tawa bersama.. namun setelah kami dipisahkan oleh satu blok..semunya berubah dalam sekelip mata.tidak sampai 6 bulan pn kami diuji dengan perpisahan ini namun ia cukup membuatkan segalanya lenyap sekelip mata. teman yang dirai, teman yang dipuji2..semuanya hilang bagaikan kita tak pernah bersahabat dengan rapat sebelum ini. malahan ex-teman sebilik ku sendiri pn kini seakan sudah tidak mengenali diri ini lagi. terasa bagai asing sekali tika kami berbicara..ternyata dia bukanlah teman dukaku..sekadar teman untuk bersuka2 sahaja.
maha suci Allah..kuasa besar yg maha esa...menunjukkan hakikat sebuah persahabatan yang kian hancur dan lenyap di kala saat2 terakhir ku di USM.
apalah yang hendak dikesalkan..apa yang penting aku masih memiliki teman yang masih lagi rapat denganku..terima kasih padamu..wahai kawan2ku di saujana dan jua seorang insan yg aku rapat di restu..terima kasih atas sokonganmu..
mengertilah diri ini bahawa begitu sukar untuk mencari kawan yang benar2 layak untuk digelar sebagai sahabat..
terima kasih atas segala2nya..untuk kawan2ku yang kian melupakan ku kini..masa itu akan tiba jua..saat itu kita akan lihat langit itu tinggi atau rendah..