Search This Blog

Pages

Powered By Blogger

Friday, August 31, 2012

Kusut..........kusut......................kusut.............................
 Mereka tidak memahami apa yang aku tempuhi sekarang. Aku sedar semua ini akan berlaku pada masa sekarang. Inilah saatnya. Selepas aku berjaya mengejar cita-cita, namun aku gagal dalam mengejar sebuah ikatan suci itu. Mereka sudah membuangku. Dan aku berharap aku dapat teruskan hidupku dengan baik walaupun tanpa mereka. Pahit..pedih..itulah yang aku rasakan sekarang. 


Ya!! Aku mesti teruskan cita-cita untuk memiliki insan yang aku sayangi. Aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dia tetap ada di sisiku walau apa jua berlaku. Aku mesti menang dalam pertarungan ini walaupun ia amat menyakitkan. Memang aku seorang yang degil, namun aku tahu kedegilan inilah yang akan mendorongku untuk mencapai impian suci itu. Aku akan berdepan dengan mereka yang memperlekehkan perasaanku selama ini. Jangan fikir aku ini hanya seorang anak dan adik yang boleh diperkotak-katikkan. Sudahla dengan segala perancangan yang mereka telah aturkan buat aku selama ini. Aku juga mempunyai matlamat hidup. Determined soul will brings me there, reaching my own destiny. I have my own plan for 40 years ahead and no one can stop me. I'll take this chance and prove that love will win. Just wait n c. 

Tiada lagi ketenangan dalam hati ini

Ternyata aku tidak mampu untuk menipu hatiku sendiri.. dan pada kali ini aku sendiri tidak pasti adakah aku mampu untuk menempuhinya. Sememangnya sudah tiada yang lain di hatiku. Sejak pertama perkenalan aku dengannya, dialah satu-satunya. 6 tahun kami bersama, namun ia seolah-olah tidak berkesudahan. Bagaimana harus ku lakukan untuk memujuk ibu bapaku semula? Sudah puas aku berendam air mata. Nyata ia tidak memberi sebarang perbezaan pun pada mereka. Malah mereka dengan senang sahaja meminta aku melupakan insan yang aku sayangi selama ini. Kejamnnya dunia ini.

Sampai bila aku akan terus begini? perlukah aku lupakan segala kenangan yang aku bina bersamanya. Mampukah aku untuk meneruskan hidupku tanpa dia di sisi. Tidak! tidak mungkin aku akan teruskan niat ibu bapaku untuk bermenantukan orang lain. Aku tidak rela dan mustahil aku akan melakukannya. Aku rela bersendiri sehingga sampai satu saat biarlah mereka menyaksikan sendiri apa yang berlaku padaku. Mungkin itu pilihan mereka, untuk melihat aku hidup menderita dan bersendiri tanpa sesiapa di sisi. 

Ya, aku tidak akan memilih sesiapa pun antara mereka. Biarlah takdir yang menentukan. Dan aku pasrah jika itu yang ibu bapaku mahukan. Asalkan mereka bahagia. Namun, janganlah sesekali untuk memaksaku untuk menerima orang lain. Maafkanku mak..Maafkanku ayah. 

Betapa sakitnya hati ini, Tuhan saja yang tahu

Percutian sempena aidilfitri diserikan dengan berita baik yang aku tunggu selama ini daripada kedua orang tuaku.. aku berharap agar mereka merestui hubungan yang telah kami bina selama 6 tahun yang lepas. alhamdulillah..akhirnya satu perbincangan yang rapi dan serius telah berjaya dicapai tepat pada bulan syawal yang mulia.




Namun, nyata langit itu tak selalunya cerah. Semalam aku dikejutkan dengan berita yang tidak ku sangka-sangka. Ibu bapaku kini berpaling daripada meneruskan niat mereka itu. restu mereka rupanya hanya sementara. Mereka hanya berpura-pura di depanku dan akhirnya semalam aku sedar bahawa mereka sebenarnya masih belum merestui hubunganku. Apakah yang harus aku lakukan? Aku kecewa sebab terasa hati ini seolah-olah dipermainkan dengan sewenang-wenangya. Salahkah niat suci aku untuk meneruskan percintaan berlandaskan Islam? adakah aku perlu meneruskan cita-cita untuk masa depanku demi orang yang tersayang?