Search This Blog

Pages

Powered By Blogger

Tuesday, May 4, 2010

mengapa aku harus berpisah dengan org yg telah bersama aku selama tiga tahun ini?

nor faezah bt romli..
seorang roommate yg aku sayangi bakal meninggalkan aku setelah dia akan dipindahkan ke blok restu sem depan. hmm entahla bagaimana aku akan menghadapinya nanti. walaupun aku bakal ade pengganti iz, tapi aku pasti antara mereka pasti akan ada perbezaannya jua nanti. ye la  name pun dua insan yang berbeza katakan..emm entahlah.aku harap aku mampu mengharungi satu sem lagi bersama roommate yang baru nanti. time lm aku juga berharap dapat duduk serumah dengan org yang 'satu kepala' dengan aku. insyaallah. sekarang ni baru aku perasan yang aku dan iz semakin rapat dan ngam setelah duduk sebilik sejak 3 tahun yang lalu. btulla kata orang,tak kenal maka tak cinta..bila saat perpisahan semakin hampir,makin banyak kenangan yang tersemat di kalbu. patutla kami da semakin rapat sejak akhir2 ni..rupa2nya kami akan berpisah. isk3..namun aku harus sedar..setiap perhubungan memerlukan masa dan pengorbanan. sepanjang aku kenal iz.. aku tak fikir yang dia telah menyakiti hati aku dengan sangat dalam..'makan dalam'..hehehe..ayat iz la tu. walau apa pun yang telah dan bakal berlaku..aku bersyukur kerana aku telah dikurniakan seorang roomate yg sangat baik dan sentiasa memahami aku dalam apa jua keadaan. aku dan dia selalu berkongsi apa jua masalah dan juga setia mendengar segala luahan aku. sukar untuk aku cari ganti seorang roomate yg setia melabuhkan bahunya untuk aku berlindung dan menceritakan masalah secara telus dengan dia. dia pandai memujuk hati aku yang sedih dan sentiasa menceriakan suasana yang duka. iz juga mengajar aku menjadi seorang yang tabah. dia mendengar luahan aku setiap kali aku berduka mengenangkan keluarga aku di kampung.. dia betul2 seorang roomate yang special dan aku tak mungkin akan jumpa seorang roomate macam dia lagi. kami takde la ngam sampai berkepit ke sana ke mari tapi suasana aku dengan dia dalam bilik ini sangat ceria dengan gelagat masing2.. alhamdulillah..aku bersyukur kerana Engkau memberiku peluang untuk aku bersama dan mengenali seorang insan bernama nor faezah bt romli.

aku bersyukur kerana hubungan aku dengan kawan baik aku di sini telah bersambung kembali

hampir 2 sem gak aku ngn die tak bertegur sapa. aku dan dia betul2 rasa bersalah sehingga kedua-duanya mengambil jalan tengah dengan menjauhkan diri antara satu sama lain. mungkin ada hikmahnya dalam perpisahan sementara ini. aku dan dia bertemu lagi pada penghujung sem ni kerana mungkin sudah sampai masanya aku dan dia berbaik semula. ternyata benar seperti yang aku fikirkan.aku tak boleh suka pada dia kerana dia bukan untukku. dia sudah ada yang punya.begitu juga dengan aku. jadi aku dan dia hanyalah sekadar teman tapi mesra. tak lebih daripada tu. dan aku berjaya juga menghalang diri aku daripada jatuh cinta pada dia..huhu

apa yang aku rasa ni?

sekarang ini aku baru sahaja bertemu secara tidak sengaja dengan salah seorang kawan lama ku yang pernah aku suka waktu sekolah rendah dulu..dulu macam suka2 jugak kat dia tapi bese la..aku mmg jual mahal time skolah dulu..p skg ni bila da jmpa balik..hmm...leh tahan gak ar..adeh..rasa cam teringat je dengan kenangan ngn die mase nakal2 dulu..tapi ape pun yg berlaku, aku kene elakkan perasann untuk jatuh hati dengan dia. dia mungkin bukan diri dia yg dulu lagi. masa dulu pn aku cume kenal die gitu2..p btul ar...die btul2 babyface..huhuhu..nape la rase cam berdebar2 bila bukak page die ek?ape perasaan aku nih?