Search This Blog

Pages

Powered By Blogger

Wednesday, November 25, 2009

cuti da bermula


masa cuti ni aku nak habiskan bersama orang yang aku sayang di terengganu. ehem3..termasuk jugak si dia..heh3..

da lame tak jumpa..rindu tul pada mereka. aku rasa macam tak percaya yang hubungan aku dengan dia mampu bertahan sampai hari ini padahal berbagai-bagai yang aku alami dalam jalani dalam tempoh ini.aku rasa bertuah kerana memilikinya walaupun aku tidak pasti adakah dia akan menjadi milikku pada masa akan datang. aku hanya mampu berserah padaNya kerana apa jua yang aku rancang,segalanya ada di tangannNya. aku berdoa padamu ya tuhan agar memudahkan perjalanan hidupku sama ada dalam pelajaran mahupun perhubungan ini.

sem 5 da berlalu


Dalam sedar tak sedar...aku berjaya menghabiskan semester ke lima aku akhirnya. sem ni agak biasa kerana aku hanya mengambil 18 unit sahaja yang mana itu adalah dikira sebagai unit mata pelajaran yang harus aku kumpul untuk mencukupkannya sehingga 130 unit nanti. hmm..ade lam lam 3 sem je lagi untuk aku belajar di usm. rase cam tak percaya pun ade sebab aku berjaya mengharungi semua ini dengan tabah dan selamat. aku berulang alik dari penang ke terengganu walaupun terdapat halangan yang mendatang. aku bersyukur pada Yang Maha Esa kerana Dia memberiku ku kesempatan untuk menimba ilmu dengan aman dan aku berjaya menghabiskan pengajianku untuk sem ni jugak akhirnya. keputusan peperiksaan semester 5 ini akan aku ketahui pada pertengahan disember depan. aku berharap, aku akan mendapat keputusan yang baik dan memberangsangkan. aku telah berusaha sedaya upayaku namun selebihnya hanya Dia jua yang menentukan..insyaallah..akan ada kesudahan yang baik untukku..amin..

Monday, August 24, 2009

dugaan datang dan pergi

pada minggu ini aku akan ke alor setar..projek ini agak besar memandangkan projek tersebut melibatkan ramai ahli PGT203 dalam kuliahku. kami akan ke sana selama lebih kurang 2 hari je. minggu ni agak full. ade test mat263 (teori kebarangkalian) lagi..minggu depan ada test lagi. syukur jugak sebab test animal physiology da lepas 2 mggu lepas..sebelum midsem break.
hmm..rase cam nk blik umah je cuti nuzul Quran nanti.rindu nk makan kat umah...nk tgk ayah gak..ayah kurang sihat sket skg. kalaula usm ni dekat je ngn umah...confirm balik tiap2 ujung mggu.kalo aku stdy kat umt ke..udm ke..dekat ket ngn umah. xsmpai 10 minit pn. xpelah..ini pilihan utamaku. setiap dugaan yang aku hadapi di sini akan ku tempuh dengan tabah. dugaan sentiasa hadir bersama mereka yang sabar. Tuhan tidak akan menguji hambanya dengan ujian melainkan kita berupaya menghadapinya. Insyaallah. aku mesti tabah dan teguh. ini adalah liku2 dalam kehidupan yang harus ku tempuh dalam meniti usia remaja yang semakin menginjak dewasa. lepas stdy...ape lagi???nk keja la...pastu ehem2....ala..ade la tu..family planning...p harap2 dapat duk ngn parents dulu dan bawak diorang travel..erm...pergi umrah pn jadilah..aku pun belum pergi umrah lagi. insyaallah..kalo ade peluang...nk pergi bersama-sama diorang. amin..

adakah virus H1N1 adalah virus yang paling berbahaya?


sekarang ni dunia digemparkan dengan virus yang mengancam nyawa kita. kita berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan diri kita dan juga saudara-mara kita supaya kita tidak dijangkiti virus yg ditakuti ini. pelbagai cara dilakukan termasuk memakai penutup hidung dan mulut, membersih tangan dengan sepatutnya dan sebagainya. kita amat takut dengan virus ini namun kita tidak sedari bahawa ada virus yang lebih bahaya daripada virus ini iaitu keruntuhan iman di dalam jiwa kita. jika kita dapat renungkan, islam menganjurkan kita mengamalkan kebersihan dan kesucian dalam kehidupan. akibat daripada tabiat kita yang pengotor akhirnya akan menyebabkan penularan penyakit berjangkit ini.kenapa pada masa ini kita baru berusaha mementingkan kebersihan? iman yang mantap dan teguh pastinya mengamalkan nilai2 agama yang baik yang dianjurkan dalam islam. islam sendiri menegah kita daripada mendekati haiwan yang paling kotor itu(khinzir) tetapi masih ada golongan manusia yang tidak kenal erti bersyukur ini tetap mendekatinya dan akhirnya berlakulah penularan wabak yang amat dahsyat ini. usahlah persalahkan orang lain. orang kita sendiri yang mengizinkan pemeliharaan haiwan tersebut di negara kita..malaysia. adakah ia akan menguntungkan kita??lihatlah apa yang kita alami sekarang. keruntuhan iman ibarat menjadi duri dalam daging yang tidak mampu diubati lagi. lihat sahaja pada golongan remaja sekarang ini.mereka terlibat dalam maksiat yang tak pernah kita gambarkan selama ini. golongan remaja dengan cara hidup mereka manakala dewasa pula dengan gaya hidup mereka yang lain. sebenarnya keruntuhan iman bukanlah berlaku dalam kalangan remaja sahaja. 360 ada membongkarkan tabiat gay juga melibatkan golongan dewasa. mereka mencari wang untuk hidup dengan cara yang mudah tanpa menghiraukan soal dosa dan pahala. semuanya demi kepentingan dunia. sedarlah wahai manusia, dunia ini sudah tua.. kita hanya menumpang di bumi ini buat sementara. bersama kita sedari akan tahap keimanan kita. adakah kita benar2 mengamalkan apa yang agama islam anjurkan atau kita sekadar bertepuk dada mengatakan kita adalah umat islam. kepada yang tinggi imannya janganlah pula mendabik dada mengatakan mereka benar2 telah beriman kerana ujian Allah itu sentiasa menduga kita dan kita sebenarnya tidak tahu tahap mana iman kita melainkan kita bertemu denganNya suatu masa nanti.

Thursday, June 11, 2009

nk g jalan2 lak


hujung mggu ni may b nk g johor...nk kenal umah kak ngah...spupu kamching aku pn ade skli...bes jugak cuti2 malaysia ni...aku tak pernah agi pegi johor...selama ni aku asyik men area utara je...adeh...insyaallah..nnti nk g johor..nk jalan2 sane...wlpn skejap..p tu pn da memadai..lagipun cuti aku da xlame da..sedih lak bile terpakse tinggalkn keluarga...bilik...bantal bucuk...uhuk2..nnti kalo xde aral..aku akan balik cni tganu semula..insyaallah..

Wednesday, June 3, 2009

selama ini aku mencari...

errr...cari ke???xde la cari sgt...die muncul lam hidup aku time aku frust dengan ex aku...kadang2 btul jugak org cakap...kite akan dapat lupakan teman kita yang lame setelah hadirnya insan lain yang berjaya membuat kita percaya kembali tentang cinta...
is he the mr.right yang aku inginkan dalam hidup aku?entahlah....

cmne nk survive kalo cmnie??

aku mencintainya sedalam hatiku..namun ade halangan yang menimpa..mampukah aku menghadapinya??
dalam hidup ini...macam2 dugaan yang aku telah tempuh..adakah dugaan kali ini aku juga akan berjaya?
hidup ini hanya seketika..aku dapat rasakan aku mampu berjaya...