Search This Blog

Pages

Powered By Blogger

Wednesday, November 25, 2009

sem 5 da berlalu


Dalam sedar tak sedar...aku berjaya menghabiskan semester ke lima aku akhirnya. sem ni agak biasa kerana aku hanya mengambil 18 unit sahaja yang mana itu adalah dikira sebagai unit mata pelajaran yang harus aku kumpul untuk mencukupkannya sehingga 130 unit nanti. hmm..ade lam lam 3 sem je lagi untuk aku belajar di usm. rase cam tak percaya pun ade sebab aku berjaya mengharungi semua ini dengan tabah dan selamat. aku berulang alik dari penang ke terengganu walaupun terdapat halangan yang mendatang. aku bersyukur pada Yang Maha Esa kerana Dia memberiku ku kesempatan untuk menimba ilmu dengan aman dan aku berjaya menghabiskan pengajianku untuk sem ni jugak akhirnya. keputusan peperiksaan semester 5 ini akan aku ketahui pada pertengahan disember depan. aku berharap, aku akan mendapat keputusan yang baik dan memberangsangkan. aku telah berusaha sedaya upayaku namun selebihnya hanya Dia jua yang menentukan..insyaallah..akan ada kesudahan yang baik untukku..amin..

No comments: